Pusat Latihan Komputer IT-Base Kudat

Pusat Latihan Komputer IT-Base Kudat yang lebih dikenali sebagai IT- Base Kudat merupakan salah sebuah pusat latihan komputer yang diwujudkan dan diberi pentauliahan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia semenjak 16/02/1997 iaitu sepuluh tahun yang lalu sejajar dengan kempen KENALI IT & CINTA IT pada masa itu. “Ke Arah Masyarakat Bermaklumat” merupakan moto syarikat pada awal penubuhannya. Sijil dari Universiti Tempatan menjadikan pusat latihan komputer IT-Base lebih popular berbanding dengan institusi latihan yang lain.

Visi IT-Base Kudat ialah menyediakan perkhidmatan dan pembekalan berkualiti dan bermutu pada standard yang tinggi dengan kadar harga yang berpatutan.

Misi IT-Base Kudat adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang terus kukuh dan mampu bersaing dalam bidang perkhidmatan berkaitan latihan, pengkomputeran dan IT mahupun dalam bidang pembekalan serta mampu memenuhi kehendak pasaran semasa. IT-Base Kudat mampu untuk mencapai misi dengan:-

• Menjalinkan kerjasama dengan semua jabatan, organisasi dan masyarakat
• Memastikan perkhidmatan sentiasa di tahap tinggi dan berkualiti
• Menawarkan harga barang dan perkhidmatan yang berpatutan
• Memberikan Khidmat Lepas Jualan yang mesra pelanggan
• Fleksibel dalam sebarang urusniaga dan perkhidmatan

0 comments:

Catat Ulasan

Sila Beri Komen Anda....